Page Viewers

Saturday 14 May 2011

Projek akan datang ~

Saya berfikir dan berfikir... tiada orang mengalih bahasa manga yang tidak berapa terkenal. Tetapi bagaimana jika manga itu tidak terkenal tetapi mempunyai jalan cerita yang menarik?

Oleh itu, saya, Izzat, memutuskan, satu lagi manga yang akan dialih bahasa ialah;

 Unbalance x Unbalance (UxU)


Pelukis : Soo-Hyon Lee
Satu hari, Myung Jin-Ho terjumpa dompet di sebuah kedai buku dan memulangkannya kepada pemilik asalnya, seorang perempuan muda, bernama Hae-Young Na. Tetapi, Hae-Young Na perasan bahawa Jin-Ho dah mengambil sedikit wang dari dalam dompetnya, kemudiannya mengira ia sebagai pinjaman. Tak berapa lama kemudian, Jin-Ho pergi ke sekolah apabila mulanya persekolahan tetapi mengetahui bahawa Hae-Young Na ialah cikgu kelas dia yang baru. Apabila salah faham dan kemalangan berlaku secara terus menerus, mereka berdua memulakan hubungan mereka sebagai Guru dan Murid, tidak menyedari bahawa mereka semakin tertarik antara satu sama lain.

Notis : Sesuai untuk pembaca 17 tahun ke atas

No comments:

Post a Comment