Page Viewers

Sunday, 22 April 2012

Ahli baru. Sila tunjuk ajar.

Saya, CrimsonSoulZ dengan berbangga menerima tugas sebagai Cleaner untuk group ni. Pada masa ni saya cuma boleh membuat basic cleaning. Lama kelamaan dapat pengalaman jugak kan? Saya akan membuat cleaning untuk manga "Sora no Otoshimono" buat masa kini. Harap harap semua boleh enjoy group ni!

Friday, 10 February 2012

Unbalance x Unbalance Bab 8

Akhirnya, volume 1 selesai. Oh ya, bab baru ni saya pakai font baru. Supaya lagi mudah dibaca. Hm.... tak tahu lah nak cakap apa lagi. Nikmati saja lah bab baru ni :).

Unbalance x Unbalance Bab 8


MUAT TURUN;

Selamat Membaca :)

Thursday, 9 February 2012

Unbalance x Unbalance Bab 6 dan 7

Kami menggunakan software compression baru yang lebih efektif iaitu 7zip untuk bab baru kami. Download 7zip di http://www.7-zip.org/. Selain itu, Page 5 dan Page 6 telah dicantumkan dan boleh dimuat turun terus dari gambar di bawah. Bab 6 dan 7 telah pun berada di Mediafire. Muat turun berada di bawah imej Page 5 & 6.

Bab 5 juga telah di upload semula. Sekian.

Unbalance x Unbalance Page 5 & 6 + Bab 6 dan 7


MUAT TURUN;

Selamat Membaca :)

Wajah Baru MTW-Scans dan Informasi :)

Saya dan Kraizer telah memikirkan untuk menukar imej MTW-Scan dan ianya dilaksanakan serta-merta. Nantikan UxU Bab 6 dan 7 dalam beberapa jam lagi. Saya perasan bahawa link Bab 5 telah hilang, jadi saya akan uploadkan sekali dengan Bab 6 dan 7.

Oh ya, nantikan juga Page 5 dan 6 yang telah saya cantumkan. Gantikan ia selepas saya upload nanti :)

Menurut Kraizer, pengalih bahasa manga Sora no Otoshimono, Translationnya akan siap pada hari sabtu ini. Saya pun tak boleh jamin sebenarnya tapi, berikan semangat kepada beliau untuk menyiapkan text translation Bab 3 Sora no Otoshimono.

Monday, 17 October 2011

Macross F Secret VisionS - 001

Kami dari MTW-Scans dan Mugen Scan telah bekerjasama untuk projek ini, Kraizer menjadi ahli mengalih bahasa manakala saya, Izzat dan Harith dari Mugen Scan menjadi "typesetter" untuk scanlation ini. Oh ya, oleh kerana ini adalah kali pertama manga ini ditranslate, maksud saya, ianya tidak pernah dialih bahasa ke mana-mana bahasa lain dan bahasa melayu adalah yang pertama, mungkin ada sedikit kesilapan alih bahasa dan v2 dalam perbincangan. UxU dan Sora no Otoshimono bab baru juga akan dikeluarkan pada akhir minggu ini atau awal minggu depan.

Dan tanpa membuang masa lagi, kami mempersembahkan...

Macross F SecretVisionS - 001


MUAT TURUN;

Mediafire
Hotfile

Selamat membaca dan jangan lupa beri komen :)

Sunday, 2 October 2011

Delay untuk cleaning.

Walaupun kami telah menyiapkan pengalihan bahasa, tetapi saya, Izzat amat sibuk dengan projek kolej. Walau apa-pun, kami akan cuba releasekan satu chapter dalam minggu ini,

Sekian, Izzat.

Update : Maaf, cleaner sedang busy dengan projek kolej tapi kami akan cuba releasekan juga.

Wednesday, 6 July 2011

Penyusunan Semula Hosting Tamat

Kami telah memuat naik semula segala keluaran kami. Oleh itu, silalah ke muka "Projek"
untuk memuat turun keluaran lepas.

Klik sini untuk ke muka "Projek"

Tuesday, 5 July 2011

Penyusunan Semula Hosting dan Unbalance x Unbalance Bab 005

Kami dari MTW-Scans ingin memberitahu tentang berita tentang segala apa yang kami muat naik di megaupload sedang dialihkan ke hotfile dan zomgupload filesharing. Jadi setelah memuat naik apa yang kami telah alih bahasa, kami akan updatekan di kategori "Projek" di menu yang terdapat di bahagian kiri bawah banner kami. Sora no Otoshimono pula, kami menghadapi masalah teknikal kerana komputer translator kami, telah diserang virus dan terpaksa ditangguhkan. Selain itu, kami juga mempersembahkan Unbalance x Unbalance Bab 005. Maaf atas segala kelewatan kami.

Unbalance x Unbalance 005



MUAT TURUN;


Selamat membaca dan jangan lupa beri komen :)

Tuesday, 14 June 2011

Megaupload Ditahan Akses

Oleh kerana megaupload telahpun ditahan aksesnya bermula 7 malam tadi, kami MTW-Scans akan memuat naik kemaskini kami yang akan datang di Hotfile dan Zomgupload.

Sekian, dari kami MTW-Scans

Thursday, 9 June 2011

Unbalance x Unbalance Bab 004

Hm... sibuk seperti biasa, kemaskini agak lewat.... Walau macam mana pun ini dia;

Unbalance x Unbalance 004


MUAT TURUN;


Selamat membaca dan jangan lupa beri komen :)

Sunday, 29 May 2011

Unbalance x Unbalance Bab 003

Hm.. tak disangka pula, Unbalance yang akan di-kemaskini sebelum Sora no Otoshimono... Staff Sora no Otoshimono sedang sibuk dengan kerja masing-masing...Bab ini, menceritakan satu lagi salah faham yang akan berlaku di antara Myung Jin-Ho dengan Nah Hae-Young dan akhir kata, ini dia;

Unbalance x Unbalance 003



MUAT TURUN;


Selamat membaca dan jangan lupa beri komen :)

Tuesday, 24 May 2011

Unbalance x Unbalance Bab 002

Release kali ni lebih cepat dari biasa sebab FlicK membantu LorDz dalam cleaning. Untuk bab ini, hm... dipendekkan cerita, ini ialah satu bab yang menarik, Jin-Ho membalas apa yang dia kena dari Hae-Young, wow! Walau apapun, ini dia;

Unbalance x Unbalance 002


MUAT TURUN;

Megaupload

Selamat membaca dan jangan lupa beri komen :)

Monday, 23 May 2011

Sora no Otoshimono - Bab 002

Setelah seminggu kami melalui peperiksaan yang sukar xD, akhirnya kami dapat juga menyiapkan Bab 2 Sora no Otoshimono. Tanpa membuang masa, ini dia;

Sora no Otoshimono Bab 002


MUAT TURUN;


Megaupload

Selamat membaca :) dan oh ya, ini servis untuk pembaca xD



Wednesday, 18 May 2011

Ahli Baru MTW-Scans!!

Ya, kami mempunyai ahli baru, nickname beliau ialah FLicK. Dia merupakan salah seorang "kouhai" saya di Kolej saya, serupa dengan LorDz. Tugasan beliau ialah Cleaning. Yeah, seronoknya, kami dapat ahli baru. Ringan sikit beban saya dalam cleaning ni :), dah la nak translatekan sekali.

Walau apapun, beliau bertugas sebagai cleaner untuk Unbalance X Unbalance dan mungkin sedikit untuk Sora no Otoshimono.

Oleh itu, mari kita ucapkan selamat datang kepada ahli baru kami,

FLicK

Tuesday, 17 May 2011

Unbalance X Unbalance Bab 001

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Unbalance X Unbalance merupakan salah satu projek kami yang telahpun dirancangkan oleh saya (Izzat). Minggu ini agak sukar untuk kami membuat pengalihan bahasa kerana kesemua ahli kumpulan pada minggu ini agak sibuk dengan peperiksaan. Saya pula? Saya jenis yang buat tidak kisah saja. Jadi walau apapun, sebenarnya saya suka menekankan diri ke tahap maksima, saya suka ditekan macam ini, agaknya.

Oh ya, kami mungkin ada "cleaner" yang baru pada masa akan datang yang akan membantu saya dalam mengeluarkan Unbalance X Unbalance dan jangan bimbang tentang kualiti, kerana saya berani jamin kualiti imej berada di tahap maksima yang boleh saya keluarkan.

Untuk mengakhiri kata-kata saya yang mengarut agaknya, saya sebagai wakil MTW-Scans dengan sukacitanya mempersembahkan ;

Unbalance X Unbalance Bab 001


MUAT TURUN;

Megaupload
Mediafire

Notis: Versi 2 mungkin akan dikeluarkan atas sebab pembetulan alih bahasa.

Monday, 16 May 2011

Sora No Otoshimono Bab 1 Versi 2 dan Projek ke-3

Setelah mencari-cari raw yang lebih baik, ianya gagal untuk dijumpai tapi saya (Izzat) mengambil keputusan untuk memperbetulkan kualiti alih bahasa dan kualiti gambar itu sendiri.

Oleh itu ini dia

Sora no Otoshimono Bab 001 versi 2 ;

Megaupload
Mediafire

Untuk preview versi 2 anda boleh lihat di sini (sila klik) ;

Klik Sini

dan bandingkan dengan fail 04.png yang anda telah muat turun.

Ianya lebih berbaloi dari menyimpan bab 1 versi 1 kerana kualiti dan pengalihan bahasa yang lebih baik. Selain tu, dengan permintaan Kraizer, saya telah memastikan satu lagi projek yang akan dibuat, iaitu;


Chaos;HEAd - Blue Complex


Pelukis : Sakaki Nagako

Menceritakan tentang Nishijou Takumi, seorang yang tidak minat dengan dunia 3D. Satu hari, di bandar di mana dia tinggal, berlaku beberapa kes pembunuhan misteri dan penduduk bandar menjadi panik. Satu masa kemudiannya, apabila dia bersembang di laman sembang, ada orang memberi dia "URL" dan dia pergi ke "URL" tersebut yang menghala ke sebuah blog yang mencadang lokasi kes pembunuhan seterusnya... Keesokannya, ia benar-benar berlaku...

Notis : Sesuai untuk 13 tahun keatas.

Saturday, 14 May 2011

Projek akan datang ~

Saya berfikir dan berfikir... tiada orang mengalih bahasa manga yang tidak berapa terkenal. Tetapi bagaimana jika manga itu tidak terkenal tetapi mempunyai jalan cerita yang menarik?

Oleh itu, saya, Izzat, memutuskan, satu lagi manga yang akan dialih bahasa ialah;

 Unbalance x Unbalance (UxU)


Pelukis : Soo-Hyon Lee
Satu hari, Myung Jin-Ho terjumpa dompet di sebuah kedai buku dan memulangkannya kepada pemilik asalnya, seorang perempuan muda, bernama Hae-Young Na. Tetapi, Hae-Young Na perasan bahawa Jin-Ho dah mengambil sedikit wang dari dalam dompetnya, kemudiannya mengira ia sebagai pinjaman. Tak berapa lama kemudian, Jin-Ho pergi ke sekolah apabila mulanya persekolahan tetapi mengetahui bahawa Hae-Young Na ialah cikgu kelas dia yang baru. Apabila salah faham dan kemalangan berlaku secara terus menerus, mereka berdua memulakan hubungan mereka sebagai Guru dan Murid, tidak menyedari bahawa mereka semakin tertarik antara satu sama lain.

Notis : Sesuai untuk pembaca 17 tahun ke atas

Sora no Otoshimono - Bab 001

Kami telah melalui 3 hari yang amat menyeronokkan dalam mengalih bahasa manga Jepun. Saya (Izzat) dan Kraizer kadang kala ketawa dalam mengalih bahasa kerana terdapat sesetengah perkataan yang agak sukar untuk di-alih bahasa dan kerana alihan bahasa yang agak pelik. Ianya suatu pengalaman yang menarik.

Dengan itu, kumpulan kami, MTW-Scans mempersembahkan ...

Sora no Otoshimono - Bab 1 (versi 1)



Project Leader - Izzat
Heavy Cleaner - Izzat
Light Cleaner - LorDz
Translator - Kraizer

Muat Turun Di Bawah :


Selamat membaca.

Notis untuk pengeluaran versi 2:

Kami meminta maaf atas kualiti imej kerana itu sahaja yang kami dapat pada masa ini. Kami akan mengeluarkan versi 2 untuk bab ini pada masa akan datang dengan kualiti imej yang lebih baik dan mungkin sedikit perubahan didalam pengalihan bahasa untuk versi 2.

Pemilihan manga alih bahasa

Buat masa ini, kami ingin mengucapkan selamat datang kepada sesiapa yang melawat blog ini. Kami adalah MTW-Scans. Kami bekerja dengan mengalih bahasa manga dari bahasa Jepun ke bahasa Melayu. Oh ya, kami juga merancang untuk mengalih bahasa Visual Novel.

(Ya, kamu semua tidak silap baca, Visual Novel, itulah pelan akan datang kami).

Projek kami buat masa ini ialah ;

Sora no Otoshimono




Juga dikenali sebagai "Harta Syurga yang Hilang", Sora no Otoshimono dilukis oleh Suu Minazuki.Ianya menceritakan tentang Sakurai Tomoki yang hanya inginkan "Aman dan Damai". Tetapi, hidupnya semakin sukar apabila dia bertemu dengan "Angeloid" yang jatuh dari langit.

Kami juga merancang untuk mengambil beberapa manga lain untuk dialih bahasa ke Bahasa Malaysia.
Tunggulah update kami yang akan datang!